Program Kesihatan KOSPEN dan taklimat PTPTN
26 Disember 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 25 Disember 2015, telah dianjurkan program kesihatan KOSPEN dan taklimat PTPTN di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau. Program ini dimulakan dengan acara berjalan kaki mengelilingi kampung dan diteruskan dengan taklimat dari kesihatan dari KOSPEN dan taklimat PTPTN. Antara tetamu kehormat yang hadir dalam program ini adalah YB Dato Seri Dr Shahidan Kassim. Program bermula dari pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.Program seperti ini dilihat bagus untuk mempromosikan kesihatan kepada penduduk kampung disamping mempromosikan fungsi PI yang lebih dari sekadar pusat pembelajaran. Selain itu juga, program seperti ini mampu merapatkan hubungan baik diantara pihak pengurusan PI dan komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: